26 September 2011

Profile Syarikat

Menyerlahkan Kejelitaan, Keceriaan & Kelansingan…

Kejelitaan, keceriaan & kelansingan adalah menjadi impian dan matlamat kami untuk memastikan ianya dapat dicapai oleh pengguna produk kami.  

MyShine Marketing adalah sebuah syarikat nutrisi yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan, kecantikan dan anti penuaan. Syarikat ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli professional yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk mencapai visi syarikat.

Formula yang digunakan adalah semulajadi dan direka khas untuk masyarakat Asia, khususnya Malaysia. Produk syarikat ini telah dibuktikan secara klinikal dapat memberi perubahan positif yang ketara tanpa kesan sampingan. Satu kumpulan khas telah ditubuhkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan produk. Tujuan penubuhan kumpulan ini yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan traditional, herba, nutrisi dan pakar kulit adalah untuk menentukan produk MyShine sentiasa berkualiti tinggi, berkesan dan selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa kesan sampingan. Tambahan lagi, semua produk MyShine diuji dimakmal dan dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP, iaitu Good Manufacturing Practices.

Produk syarikat berjenama GlutaGen Berries sudah mendapat sambutan hangat dan dipercayai pengguna. Semua produk syarikat adalah berasaskan pegangan untuk menyerlahkan kejelitaan, keceriaan & kelansingan.
Secara keseluruhannya matlamat syarikat ini adalah untuk mengeluar dan memasarkan produk penjagaan kesihatan, kecantikan dan anti penuaan yang berkualiti tinggi khusus untuk masyarakat Asia. Syarikat ini juga berhasrat untuk membantu, memupuk dan menerapkan semangat keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment